yang sangat cantik...kalau tak caya datang.Orangnya tegas namun kita mudah bekerja di bawah kepimpinannya.Apa yang menarik tentang prasekolah dengan Tn.Haji Sabri ni ialah kemana pertandingan yang kami masuk beliau akan pergi memberi sokongan moral.Kalau ke Taiping kami bertanding "English Story Telling" dia datang bawa ahli keluarga....kami lawan bola dia menonton hingga kami menang futsal bagi Daerah Kuala Kangsar.Dia tak kedekut ...kalau mesyuarat pasti ada sahaja "jajan " yang dia sediakan untuk guru-guru sepanjang mesyuarat.
Kenangan paling manis,masa mula-mula SK.Kg.Nasib dibuka ,dia beli 1 tin biskut untuk kami sarapan sebab kadang-kadang kantin habis makanan.
Biasalah bila dah lama bekerja sekali kadang-kadang "tergigit lidah juga" ,namun bila dengar dia ditukarkan kami cikgu-cikgu lama di sini semua sedih.
Hari terakhir Tn.Haji Sabri di SK.Kg.Nasib....pakat-pakat menitis air mata cikgu-cikgu.
Apa pun untuk Cikgu Sabri , Cikgu Hamiza doakan sentiasa dilimpahi ALLah dengan rahmat,kasih sayang dan kesihatan yang baik.
Ucapan terakhir ...." Terima Kasih BOS "
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen anda!