Thursday, May 27, 2010

HARI TERBUKA BALAI BOMBA &PENYELAMAT KUALA KANGSAR



























































Pada 27 Mei 2010 seramai 20 orang murid prasekolah 2 telah
dijemput menyertai pertandingan mewarna sempena hari Terbuka Balai
Bomba&Penyelam Kuala Kangsar.Syabas kepada adik Juliana Alias
kerana mendapat tempat pertama acara tersebut.Tidak ketinggalan kepada
adik Alia Nur Sarah dan Adik Nur Aliya yang mendapat hadiah saguhati.
Kami warga Prasekolah SKKN amat berterima kasih kerana pihak bomba
menjemput kami untuk sama-sama memeriahkan hari tersebut.Di akhir acara
tersebut Prasekolah SK.Kg.Nasib menerima sebuah alat pemadam api yang
dihadiahkan oleh pihak Bomba & Penyelamat Balai Bomba Kuala Kangsar.
Tidak dilupakan juga kepada pihak Bank Rakyat yang menjadi penaja hadiah
bagi acara mewarna bagi murid-murid prasekolah.































































Sunday, May 23, 2010

Penderma Darah











Tiap-tiap tahun sempena hari guru,ada kempen menderma darah diadakan.
Ini kali ketiga Cikgu Hamiza & Pn.Zaiton pergi menderma darah.
Untuk rakan-rakan yang belum cuba pergilah cuba menderma darah....................
seronok sangat.Memanglah sakit tetapi sakit itu akan hilang .
Tahniah kepada Pej.Pendidikan Daerah kerana pada kali ini
memberi sijil kepada mereka yang menderma darah.





AKTIVITI SEMPENA HARI GURU




Lepas main masuk ke kelas semula tengok murid-murid.Berebut nak beri hadiah
pada Cikgu Hamiza.Tengok muka Cikgu Hamiza hitam legam baru lepas
main tengah panas.
Terima kasih murid-murid sebab beri Cikgu Hamiza hadiah,
sebagai balasan semua murid dapat ciuman kupu-kupu daripada Cikgu Hamiza.






Hari guru tempoh hari,terpaksa main bola jaring bersama-sama
guru lain dan anak -anak murid.
Kalau nak ikutkan sakit lutut tak boleh nak main tetapi semangat
punya pasal............kita main.Kumpulan cikgu menang besar tetapi
asyik main tipu je.........













AKTIVITI SEMPENA HARI GURU

Saturday, May 22, 2010

KELETAH MURID CIKGU MIZA




Tengoklah gelagat anak-anak murid Cikgu Hamiza,seronok bukan main posing topi yang mereka buat sendiri.Bangga mereka bila pakai topi hasil buatan mereka sendiri..walaupun tak cantik tetapi sebab buat sendiri mereka rasa gembira












Tuesday, May 11, 2010

Cerita Pekebun Kecil






















Pada tahun lepas kami di Pra 2 rajin berkebun.Murid-murid turut sama.Oleh kerana kita nak galakkan anak-anak makan sayur,Cikgu Hamiza ajar murid-murid berkebun dengan dibantu oleh uncle Gopal dan Makcik Ton.Kami tanam kacang bendi dan kacang panjang sebab senang tumbuh dan cepat makan hasil.Murid-murid seronok. Walaupun sibuk bercucuk tanam, pelajaran tak diabaikan..............................






Anak-anak Bijak,Berani,Kreatif SKKN

Dari Kiri : Cikgu Miza,Yana,Haritth,Ajwa,Kimi,Irfan,Aliya,Ziqri,Aqasha,Sufi

Berdiri Kanan : Makcik Ton,Farisya,Siti,Khadijah,Danish,Azim,Aishah,Damia,Ecah,Hadif,Sarah

Sunday, May 2, 2010

Kenali Guru Besar SKKN



Ini ialah Tuan Haji Jamaluddin B .Mohd Nor guru besar SK.Kg.Nasib sekarang. Beliau menggantikan Tuan Haji Sabri yang bertukar ke SK.Sauk. Walaupun beliau baru di SK.Kg.Nasib namun beliau peka dengan persekitaran di sini.Setiap pagi beliau melawat di sekeling kawasan sekolah.Oleh kerana baru lagi bersama beliau,Cikgu Hamiza tak dapat nak cerita macam-macam.Macam mana pun Cikgu Hamiza dah pun kena pemantauan dengan beliau.Harapan kami semua di Pra,Tuan Haji Jamaluddin sentiasa gembira berada di SKKN.

Ini bekas guru besar saya,Tn.Haji Sabri B.Alang Abdullah. Beliau menjadi guru besar pertama di SK.Kg.Nasib dari tahun 2001 hinggalah akhir Mac 2010.Orangnya bertubuh kecil namun berjiwa besar.Kalau datang melawat ke sekolah saya,akan terpampang sebuah lukisan dinding
yang sangat cantik...kalau tak caya datang.Orangnya tegas namun kita mudah bekerja di bawah kepimpinannya.Apa yang menarik tentang prasekolah dengan Tn.Haji Sabri ni ialah kemana pertandingan yang kami masuk beliau akan pergi memberi sokongan moral.Kalau ke Taiping kami bertanding "English Story Telling" dia datang bawa ahli keluarga....kami lawan bola dia menonton hingga kami menang futsal bagi Daerah Kuala Kangsar.Dia tak kedekut ...kalau mesyuarat pasti ada sahaja "jajan " yang dia sediakan untuk guru-guru sepanjang mesyuarat.
Kenangan paling manis,masa mula-mula SK.Kg.Nasib dibuka ,dia beli 1 tin biskut untuk kami sarapan sebab kadang-kadang kantin habis makanan.
Biasalah bila dah lama bekerja sekali kadang-kadang "tergigit lidah juga" ,namun bila dengar dia ditukarkan kami cikgu-cikgu lama di sini semua sedih.
Hari terakhir Tn.Haji Sabri di SK.Kg.Nasib....pakat-pakat menitis air mata cikgu-cikgu.
Apa pun untuk Cikgu Sabri , Cikgu Hamiza doakan sentiasa dilimpahi ALLah dengan rahmat,kasih sayang dan kesihatan yang baik.

Ucapan terakhir ...." Terima Kasih BOS "





AKTIVITI PRASEKOLAH DLAM KENANGAN









Siapa kata Cikgu Hamiza tak pandai bersilat.............ha....ini dia kumpulan
silat PraSKKN.Apa pun anak-anak ini biar ada jati diri dan semangat waja.
Aktiviti yang dijalankan biar semua rasa...jangan pilih-pilih kesian murid.
Ibu bapa sporting habis sampai buat baju silat pada anak-anak.
Pada Tok Guru silat, kami ucapkan "Thank You Mister Roslan"





























Murid -murid PraSKKN merupakan ahli kelab 3K.Setiap tahun balai bomba merupakan
salah satu tempat yang dilawati oleh kami.Yang bestnya di sini mereka menyediakan aktiviti
yang bersesuaian dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Tetapi yang paling best ialah bila dapat peluang naik kereta bomba,
mereka bawa pusing keliling balai bomba dengan bunyi siren....rasa macam ahli bomba
yang nak pergi padam api pulak.
Kepada semua ahli bomba PraSKKN mengucapkan "Terima Kasih" semoga Allah sentiasa
memelihara anda semua ketika menjalankan tugas...amin.